Thursday, July 3, 2008

Jom Bersukan

Alamak....badan dah naik...lemak dah berkumpul macamana nih...huhuhuhu jawabnya bersukan la apa lagi. Paling senang aku joging. Malu dengan lemak-lemak yang berkumpul terutama bahagian perut ( mengalahkan orang mengandung!) dan dikeliling pinggang opsss hehehehehe. Nak pakai seluar slack pun dah ketat. Sebelum spare tyre semakin tebal aku mengambil inisiatif untuk memulakan aktiviti yang telah lama ditinggalkan. Seronok juga bila badan dah berpeluh...hari ini rasa segar sikit. Insyallah program ini akan diteruskan.....Aku berjoging di kompleks sukan UPM di balapan olahraga (dekat dengan office)....teringat masa zaman sekolah dan di universiti aku terlibat dalam sukan olahraga. Sampai ada kesan parut dibahagian bahu semasa jatuh di darjah 5. Masa itu acara 4 x 100m. Kesian kawan2 yang lain sebab aku kami kalah dan tak dapat meneruskan perjuangan...amboi ayat.....hehehehe. Aku berjaya berlari dan berjalan sikit sebanyak 7 pusingan...1 pusingan 400m kalau 7 pusingan maksudnya 2800m. Kira 2.8km la kan. Permulaan yang bagus...tul ke kiraan aku nih boleh tak cikgu matematik sahkan...hehehehehehe. Nasib baik juga ada ipod nano menemani aku sambil berjoging mendengar lagu-lagu kegemaran.


Kawasan balapan


Trek yang mengikut piawaian antarabangsa kot...


Sempat lagi menayangkan muka yang berpeluh nih...hehehehe

8 comments:

Anime Edition said...

hello!!!! So good your blog

axim said...

lama tak menyinggah sini.....salam bnag..apa khabar?

Syam said...

anime: hi...thank you

axim: alhamdulillah sihat cuma bz jer

putra745 said...

cikgu math menyinggah untuk mengesahkan calculation tur :
7 x 400m = 2800m
2800/1000 = 2.8 km
1 km = 1000 m

bagus tul dia...

Malim said...

hayoo aku rasa masuk jer spring ni kan aku nak mula exercise jugak.. takut mengembang terlampau

eedany said...

wah! rajinnya lari2 ya syam...teruskan usaha membuang lebihan dagang...

;)

Syam said...

malim: takkan nak tunggu spring...aku rasa tak sampai spring ko dah mengembang opss..hehehehe

eedany: yeah yeah...nak membuang lebihan dagang nih hehehehe

putra745: terror kan hehehehe terrorist

Lily.Lulu. said...

syiok kalau bersukan sama2 ngan geng ..

leh kuruskan badan dan sihatkan badan bersama2

:D