Wednesday, March 14, 2012


Kembalikah Aku......?

Hampir 1 setengah tahun tiada penceritaan dicoretkan. Alasan biasa, kesibukan yang melampau.....malas....perubahan angin kepada facebook menjadikan rumah ini tiada berpenghuni....tiada tetamu untuk menghabiskan masa untuk menjenguk-jenguk ( ada ke?)

Tahun 2011 yang telah berlalu memberikan pelbagai kisah (macam makan ikan 3 rasa katanya) di mana berjayanya aku menghabiskan perjuangan di dalam peringkat Sarjana. Alhamdulillah syukur kepada Allah Yang Maha Agung yang menguji diri dalam menggapai cita-cita di dunia yang hampir di hujung usianya.

Ada rupa canselor tak.... :P

2011 juga aku sempat menjejakkan kaki di bumi Eropah selama 12 hari ( letih dalam flight 13 jam!). Sempat ke Munich (Germany), Austria, Milan (Italy), Geneva (Switzerland), Lyon dan Paris (France). Subhanallah...indahnya bumi tuhan....pengalaman yang tidak dapat diungkapkan dengan tutur bicara. Ingin lagi kaki ini melangkah ke sana....tetapi biarlah destinasi seterusnya menjadi pelengkap untuk ke situ lagi.

 Keindahan Mont Blanc yang hanya boleh diungkapkan dengan perkataan "Subhanallah"


  Berdiri di belakang Eiffel Tower Paris


Semoga tahun ini menjadikan aku insan yang lebih mendekatkan diri kepada Allah....semoga tidak mensia-siakan masa 24 jam sehari yang semakin hari semakin pendek dirasakan....  semoga dapat membimbing orang disekelilingku menjadi manusia yang bertawakal....Ya Allah....kembalikah aku? Aku rindu haruman syurgamu....




1 comment:

aShaBuLz said...

wow..tahniah bro. insyaAllah tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..