Dah 15 hari kita berpuasa.....tanpa kita sedari masa berlalu begitu pantas. Tak banyak untuk dicoretkan hanya bingkisan kecil dari buku itu ( kerana cara pembacaan yang lagi lambat dari kura-kura).....
Nota Untuk Anak.....(untuk kita semua yang masih bergelar anak)
Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua ibu bapa apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan kita sesekali mungkiri kasih kepada mereka...nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri
kasih kita....
Nota Untuk Suami...
Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri...sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya.
Nota Untuk Ayah (Abah...Bapak)
Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita. Jangan sekali-kali memisahkan kasih antara anak dan ibu...nanti putus pula kasih antara anak dan bapa....
3 comments:
Thank you for your sharing, I agreed with the information that you sharing for us!!! Have a nice day!!!!
great post!
bila nak up-date this blog????
lagi 1 bulan++ dah nak masuk Ramadhan balik dah ni.....
Post a Comment