Friday, March 16, 2012

DON'T DRINK AND DRIVE....TAPI BOLEH BERZIKIR SAMBIL MEMANDU


Salam Hari Jumaat penghulu segala hari.......Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya.

Hari ini ingin berkongsi dengan semua tentang hebatnya berzikir...tak perlu dipertikaikan lagi sesiapa yang biasa berzikir  hatinya akan tenang dan diri akan rasa dekat dengan Allah.

CD Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun (bekas ahli kumpulan UNIC) sebuah album baru yang memuatkan zikir-zikir yang biasa kita ucapkan selepas solat atau di majlis tahlil.

Sambil drive kita ikut zikir-zikir yang dialunkan. Kalau tersangkut dalam jem takde la rasa nak marah-marah sebab disejukkan dengan zikir yang kita ucapkan. Pahala pun dapat....apa lagi yang kita hendak dalam dunia ini selain dari persediaan untuk ke akhirat.

Jom dengar preview dari Album terbaru Hafiz Hamidun. Dalam CD ni juga termasuk lagu tema dalam dalam dokumentari television yang disiarkan dekat TV9 “Law Kaana Bainana” mengisahkan seandainya Nabi Muhammad S.A.W. bersama kita.......

No comments: