Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya. Alhamdulillah Allah masih memberi roh di dalam jasad ini untuk meneruskan kehidupan duniawi dalam mencari keredhaanNya.
Macam berat je tajuk posting kali ni kan. Ya berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun hati ini ingin jua bercerita serta berkongsi dengan sahabat-sahabatku. Ketika bait-bait kata diungkaikan satu persatu, dapat dirasakan anda lena dibuai mimpi indah dan mungkin ada juga yang bermuhasabah diri dengan bertahajjud. Alhamdulillah.....
Apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini. Sehingga kata-kata ini ditaip aku sendiri tidak dapat merungkaikan persoalan yang tiba-tiba terbenak di dalam hati. Dunia akhir zaman yang semakin hari semakin mencabar. Aku jadi semakin risau. Adakah amalanku diterima oleh Allah S.W.T. Adakah ia cukup untukku membawa bekalan ke sana. Ya Allah............hambamu ini amat daif dalam menuruti perintahMu. Dosa-dosaku yang lalu kekadang menghantui diri. Astaghfirullahalazim....
Buat sahabatku sekalian carilah keredhaan Allah kerana dunia ini adalah sementara yang kekal di akhirat sana. Bila-bila masa Dia boleh ambil nyawa kita. Mungkin sekejap lagi.....Masyallah.
Teringkat kata-kata dari satu website yang selalu di ikuti:
Kita
memang perlukan dunia. Ibarat sebuah kapal yang hendak belayar perlukan air.
Akan tetapi, kapal tak boleh benarkan air masuk ke dalamnya. Kerana,
kalau air masuk, maka kapal akan tenggelam.
Begitu
juga dengan kita, kita perlukan dunia.Tetapi kita tak boleh benarkan dunia
masuk ke dalam hati kita. Bila dunia telah masuk ke dalam hati kita, maka kita
akan binasa. Nauzubillahiminzaalik....
2 comments:
terima kasih kerana mengingatkan...pahala untuk anda.
ashabulz: sama2...ilmu untuk dikongsi :)
Post a Comment