Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan 1431H

Dah masuk 1 Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Umur makin meningkat....kehidupan makin menguncup.....rasa-rasa amalan kita cukup tak untuk menghadapi kehidupan yang dijanjikan Allah kepada kita. Tepuk dada tanya la hati. Masing-masing dengan kehidupan sendiri....kata orang kubur masing-masing. Tapi seksaan lain-lain....atau mungkin tiada seksaan disitu.....

Hari nih baru mula balik untuk membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki. Memandangkan masuknya bulan puasa aku terus melompat ke episod puasa. Ia berkenaan puasa yang masih 'gitu-gitu'. Setiap kata-kata dna bait-bait penulisannya penuh berhati-hati Menceritakan perbincangan antara penulis dengan isterinya mengenai adakah puasa kita masih gitu-gitu? Gitu-gitu macamana? Katanya gitu-gitu maksudnya setakat berlapar....bersahur...berbuka...bertadarus...bertarawih. Pandangan yang harus dibuat peningkatannya iaitu mulakan dengan mengubah perspesi tentang puasa.

Ramai yang nampak puasa dari sudut ekonomi...kesihatan...politik....bagaimana puasa boleh menambah atau menyusutkan pendapatan. Tetapi menurut penulis puasa harus dipandang sebagai mekanisma takwa. Takwa dari kata asal waqa atau wiqayah yang bermaksud berhati-hati atau mencegah. Secara ringkas orang bertakwa adalah orang yang berhati-hati. Berhati-hati dengan dua hukum Allah iaitu dinullah (hukum hakam yang dikenakan ke atas manusia) dan sunnatullah iaitu hukum sebab dan akibat yang dikenakan kepada seluruh ciptaanNya.

Banyak perkara halal ditegah semasa kita berpuasa. Makan...minum...bersetubuh. Kalau perkara ini dapat kita tinggalkan di dalam siang puasa dan sepatutnya kita lebih mudah meninggalkan perkara haram pada bulan yang lain. Kesimpulannya puasa melatih kita dalam meninggalkan terus perkara haram.

Puasa juga melatih kita menjaga amalan wajib dan sunat. Solat Tarawih pada bulan puasa yang terus menerus sudah tentu memudahkan kita menjaga solat 5 waktu yang hanya 17 rakaat sehari. Kalau kita mampu bertadarus pada bulan Ramadhan adakah susah untuk kita meluangkan beberapa minit untuk membaca Al-Quran pada bulan yang lain...fikir-fikirkan lah...

Harapan semoga kita tidak lagi terbelenggu oleh masalah beramal tanpa ilmu.

Terasa puasa ini masih asing walaupun puluhan tahun berpuasa. Jadi tidak hairan lah jika puasa kita masih terus dilanda budaya 'gitu-gitu. Wuallahualam......







2 comments:

Ad Rifza said...

SELAMAT BERPUASA SHAM SEKELUARGA.. MOGA KITA SEMUA MENDAPAT SESUATU DARI PUASA INI..HIKMAH DALAM BERPUASA..DAN SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN YG BAIK DALAM MENJALANI IBADAH PUASA KALI INI..INSYALLAH..

Unknown said...

salam ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa dari danielzaididotblogspotdotcom...