Tuesday, November 17, 2009

Masak-Masak di Hari Jadi

Since i am my holiday break for a month, my weekend life is back. Biasa hari ahad sepanjang hari dekat kampus jer. Rasa janggal pulak duduk rumah. Alhamdulillah dapat jugak berehat bersama keluarga untuk beberapa minggu nih. Apa kena mengena pulak dengan masak-masak tu. Haaa...hari nih jadi chef. Dah lama tak masak rasa gian pulak. Ini pun sempena hari jadi anak sulong pada 12/11 yang lepas. Dah 4 tahun dia. Buat sekali dengan adik...tapi adik 2 tahun pada 17/9 yang lepas. Time tuh puasa masa terlalu singkat nak buat jadi kami ambil keputusan anggap la hari jadi dua beradik nih. Boleh gitu...boleh la kan.

Menu hari nih:

1. Nasi ayam
2. Puding Jagung


Sebelum rebus ayam kena perap dengan bawang putih dan halia.
Lepas tu rebus la ayam ni.




Setelah direbus...diperap pula dengan sedikit kicap serta sos tiram....
nak tambah perisa boleh la masukkan sedikit minyak bijan....


Nak masak nasi senang jer....tumis dahulu dengan bawang merah yang telah dikisar bersama sedikit mentega....lepas tuh masukkan air rebusan ayam tadi dan masak....kan senang tu.

Cara nak masak puding jagung lagi senang. Bahan-bahannya seperti berikut:

Satu tin jagung berkrim ( ikut suka hati brand apa yer)
Santan daripada 2 biji kelapa
Gula
Tepung Kastard

itu jer.....


Jagung dikeluarkan dari tin dan dikisar sedikit...
kalau tak nanti jagung sebiji-sebiji dalam puding nanti



Masukkan ke semua bahan-bahan tadi...kacau sampai lenguh tangan....eh....silap...kacau sampai ia nampak berkilat....dah berkila kira masak la tu....jangan ditinggalkan nanti melekat pulak.


Dah siap...masukkan dalam dulang...
tunggu sampai sejuk baru boleh di potong.



Makan time!




Seronoknya dapat baju Ben 10











3 comments:

Unknown said...

hepi bezday syamil & syazwan

@xiM said...

hepi besday!!

nampak meriah sangat majlis!!meriah dengan penuh kesederhanaan..:)

Syam said...

terima kasih uncle E.d.Y

axim..yer asal buat dah cukup