Saturday, December 6, 2008

Hari Ini Satu Tahun

Hari ni genap satu tahun arwah bapa ku meninggalkan kami sekeluarga. Harapan serta doa yang tiap hari aku pohonkan kepada Allah S.W.T semoga rohnya sentiasa di cucuri. Kadang-kadang banyak perkara bermain di fikiran aku adakah selama hayatnya aku telah menjadi anak yang baik kepadanya? Adakah aku telah berjaya menggapai cita-cita yang selama ini menjadi harapan kepadaku? Aku tidak tahu...hanya dia yang tahu. Namun semua ini tidak mungkin akan boleh aku lakukan lagi untuknya...hanya doa dan harapan sebagai seorang insan yang bergelar anak semoga dirinya termasuk di dalam golongan orang yang soleh. Amin....

Kepada anda yang masih mempunyai bapa mahupun ibu....senangilah mereka....lindungi la mereka...jenguk-jenguk la selalu mahupun bertanya khabar.....jadilah anak yang sentiasa menghormati kedua ibu bapa. Buatlah yang terbaik untuk mereka. Sekiranya mereka tidak ada lagi di dunia tiada apa lagi yang mampu kita lakukan hanya secebis doa menjadi penyambung kepada mereka. Rezeki yang kita perolehi selama ini adalah berkat daripada mereka juga....masih ingat iklan raya baru-baru ni??...iklan ini yang paling touching bagi aku...iklan dari telekom malaysia.



7 comments:

Zuer said...

doa anak yang soleh akan memeberi kerahmatan dan kebahgiaan kepada roh. Jadi sentiasa lah berdoa kepadaNya. Semoga roh arwah dicucuri rahman dari ALLAH SWT

Zuer said...

ala bang syam...TOLONGGGG!!!!! lah kuarkan iklan nie? sedah plak zuer tengok.nak bercucuran plak air mata nie.

azizi said...

al-fatihan sy hadiahkan kepada arwah.
sy masih lagi ada kedua2nya.
moga dpt sy bahagiakan mereka.
salam aidiladha

adibah said...

Hanya doa dan sedekah yang tinggal untuk mereka yang dah tiada. Berdoalah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Miss Jaz said...

syam sedih plak rasanyer..alhamdulillah jue masih punyer abah lagi..tapi tak tau ler dah jadi anak yg baik atau tak..hopefully dpat menjadi anak yg soleh.

aShaBuLz said...

btol....selalunya manusia terlalu alpa dgn apa yg ada d depan mata sehingga ianya tiada lagi...thanks sbb ingatkan sy dan rakan pembaca yg lain.

al-fatihah buat arwah.

cute PANDA said...

Panda pun xbalek gak..terperangkap di Ipoh... macam tahun lepas, eaya sorang-sorang:-(
anyway.selamat hari raya Aidil Adha:-)