Sunday, August 10, 2008

Nenas di Air Itam

Dalam perjalanan balik dari JB kami singgah di Air Itam. Nak tunaikan hajat bebudak nih nak beli apa-apa yang berkenan kat situ. Aku tak la teruja sangat nak ke sana sebab dah selalu ke Air Itam. Tak terasa nak beli apa-apa. Tup-tup teringin lak nak beli nenas madu. Beli yang jenis kecil dan comel 3 biji RM5.00. Buat jus nenas pun sodap kan. Bebudak tuh ada yang beli teddy bear untuk kawan-kawan. Bunga untuk mak pun ada. Hehehehehe...nanti kalau singgah lagi apa la yang nak diaorg beli pulak...

Siap minta kebenaran nak tangkap gambar...kalau aku tak beli dia kasi tak hehehehe


Model buah nenas

2 comments:

eedany said...

syam...murah ya buah nenas kat situ.

kalau kat KK RM5.00 sebiji ok. Ada juga main timbang kati ooo.

:)

axim said...

model buah nenas tuh berbayor ke tak??hehe