Sunday, March 2, 2008

Ke Hospital Serdang

Hari nih ke Hospital Serdang melawat ibu saudara yang saya panggil mak cak, ikut loghat orang utara,specifically perlis ( kakak kepada arwah bapa saya). Keadaaannya yang sudah seminggu di wad ICU adalah sama sahaja, masih lemah. Untuk makluman u all dia mengidap penyakit darah tinggi dan terdapat ketulan darah beku di tengah kepalanya. Pihak hospital tidak mahu melakukan pembedahan. Mungkin di sebabkan darah beku terletak betul-betul di tengah kepalanya. Bagi saya mungkin doktor tidak mahu mengambil risiko , lagipun dia sudah berumur (67 tahun rasanya) dan keadaannya yang masih lemah sehingga kini. Saya hanya mampu berdoa kepada Illahi semoga keadaaannya pulih. Amin.......teringat arwah bapa saya yang mana keadaan penyakit yang sama. Keluar masuk hospital beberapa kali tahun lepas dan pergi mengadap Ilahi tanggal 6 Disember 2007. Semoga roh abah di cucuri rahmat. Amin......




Macam directory kat shopping kompleks lak




Tahun lepas saja 3 orang ahli keluarga saya (termasuk arwah bapa) dah meninggal dunia. Bila selalu menatap wajah orang yang dah meninggal, melawat kubur dan hadir majils kenduri tahlil ,terasa keinsafan dalam diri tuh timbul. Teringat lagu Rabbani 'pergi tak kembali'. Jom kita hayati bersama-sama. Semoga hidup kita diberkati di dunia dan akhirat. Insyallah.

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

1 comment:

Shasha said...

al-fatihah utk arwah bapa anda.