Tuesday, May 25, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

Tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat-sahabatku mengenai sebuah buku yang dihadiahkan oleh isteriku bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd. Juoi. Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Harganya pun amat berpatutan hanya RM20.00. Kandungannya mempunyai beberapa bahagian dan penceritaannya yang amat menarik. Saya akan berkongsi dengan anda semua setiap satu bahagian di mana kata-katanya adalah mata pada wajah tulisannya. Tajam dan menyentuh. Seolah-olah dia sedang berbicara dan bercerita di hadapan kita. Ada kalanya lembut, memujuk. Namun sekali-kali kelihatan keras dan menusuk. Fokusnya tetap konsisten. Di mana Allah dalam hati seorang lelaki? Carilah DIA demi kebahagiaan dan ketenangan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Itulah harapan dan garapan yang dapat dirasakan daripada buku ini.



Hati seorang lelaki....
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masa mesti selembut sutera
Ah...lelaki
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

bersambung......

2 comments:

mkeceq said...

"kata-kata nya adalah mata pada wajah tulisan nya"
-suka bangat ayat nie-
-cter abg borhan dah tamat, no more sambungan yek-

Mah@mahu said...

tangan adalah kekuatannya.... kaki adalah ketulinannya... "betul ker??"