Wednesday, January 28, 2009

Catatan

Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepikan diri. Bukan merajuk bukan malas namun kesibukan diri dengan hal-hal duniawi untuk menstabilkan diri ke alam bisnes yang berteraskan perundingan serta perundangan membuatkan saya jarang sekali ke alam blog. Jauh sekali untuk melawat blog-blog rakan. Kadang-kadang tuh mencuri juga masa seminit dua dan juga ber YM dengan sesiapa saja yang 'online'.

Mengimbas kembali apa yang terpahat pada tahun 2008 tiada peristiwa yang menarik dan tertarik untuk dikongsi bersama namun yang membanggakan diri saya adalah kami di pejabat telah berpindah dari Taman Sri Serdang ke Bandar Baru Bangi. Dengan harapan moga penghijrahan kami ke lokasi yang pada anggapan kami dan dengan izin Allah moga bisnes kami maju dan terus melangkah ke hadapan dengan lebaran sayap yang lebih besar. Insyallah.

Namun dalam mengharungi dunia bisnes bukan mudah seperti yang disangkakan. Mungkin saya percaya dari mata kasar orang yang mengenali diri saya bisness kami bagus. Alhamdulillah setakat ini tidaklah ada kesan ke atas kami dalam ura-ura yang mengatakan kegawatan ekonomi yang mula terjadi secara halus. Institusi kewangan juga mula menurunkan kadar faedah.


Dalam situasi ini kita tidak harus menjadikan alasan untuk tidak berusaha ke arah yang lebih baik. Lebih-lebih lagi kami di dalam bisnes harus memikirkan pelbagai aspek. Gaji pekerja...overhead dan sebagainya.

Alhamdulillah tahun ini kami mampu membuka cawangan di Johor Bahru ( masih dalam peringkat renovation). Kami tidak boleh memilih bulu di dalam bisnes. Di mana ada nasi di situ la kami cuba membesarkan periuk untuk dikongsi makan bersama-sama. Tanggungjawab sebagai Chief Executive bahagian luar KL ataupun Chief Profesional Practice bukan mudah seperti 'glamour'nya jawatan itu. Pengorbanan harus dilakukan. Lebih-lebih lagi selalu ke sana untuk memantau keadaan di sana. Saya bersyukur kerana mempunyai isteri dan anak-anak ( walaupun belum faham sepenuhnya) yang memahami situasi saya. Terima kasih....sayangku.


Bila bertemu sesiapa yang dikenali mereka selalu berkata 'untung kau syam...muda-muda dah ada bisnes..seronok kan.' Ya...seronokkkkkk.......namun terpulang pada diri kita bagaimana untuk menyeronokkan apa yang kita lakukan. Apa pun yang kita buat kita kena suka...saya berpegang pada satu falsafah sendiri 'apa-apa pun yang kita lakukan kita kena suka apa yang kita buat' .Pernah juga terdengar dan terlihat kata-kata ini 'Kalau kita tidak dapat apa yang kita suka...cubalah suka apa yang kita dapat'. Bagi saya ianya betul dan tidak betul. Kalau kita cuba untuk menyukai sesuatu secara paksa bagi saya ia tidak akan kekal lama....carilah sampai kita suka dan cuba lah untuk menyukainya. Insyallah masa itu akan sampai. Saya pernah dapat SMS dari rakan yang mengatakan bahawa "Bila doamu cepat dimakbulkan Allah maka Dia menyayangimu...Bila Dia lambat maka Dia ingin mengujimu...Namun bila doamu itu tidak dimakbulkan Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu....maka sentiasalah bersangka baik dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemakmuranNya...semoga kita mampu menempuhinya dengan penuh kesyukuran ...ketabahan...dan keikhlasan hati..Insyallah...Amin.


Buat sahabat-sahabatku sekalian semoga apa yang kita lakukan pada hari semalam...hari ni...atau esok...atau selanjutnya mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan janganlah mudah tewas dengan apa-apa perkara yang berlaku. Cubalah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih positif. Insyallah....semoga ketemu lagi di entry yang lain. Babai..............

8 comments:

Zuer said...

rezeki yang Allah bagi itu adalah rahmat dan tanggungjawab...pikul lah dengan penuh kesyukuran dan jgn lupa pada orang yang susah !!!

PUTUBAMBU said...

salam tahun 2009 syam..selamat berbisnes yek...!

Malim said...

semoga business bertambah success... lama tak nampak u pakai Olymus E520 tuh.. kesian dia dok diam2 tuhh...nanti kita jumpa kita test2 okk

Ad Rifza said...

Semoga bertambah majulah bisnes .. Dan kesenangan hak kita terselitnya hak orang lain yang tidak harus dilupakan k..Moga sentiasa sabar dan cekal dlm menghadapi alam perniagaan yang penuh dugaan dan cabarannya...
-Kasih sayang Allah itu mendahului kemakmuranNya...semoga kita mampu menempuhinya dengan penuh kesyukuran ...ketabahan...dan keikhlasan hati..Insyallah...

Miss Jaz said...

"Bila doamu cepat dimakbulkan Allah maka Dia menyayangimu...Bila Dia lambat maka Dia ingin mengujimu...Namun bila doamu itu tidak dimakbulkan Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu....maka sentiasalah bersangka baik dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemakmuranNya...semoga kita mampu menempuhinya dengan penuh kesyukuran ...ketabahan...dan keikhlasan hati....jue sangat terkesan dengan kata2 tersebut...jue akan simpan sebagai motivasi diri...thanks...semoga tuhan memberi rahmat yg berpanjangan kepadamu ...wassalam

Anak Jawa said...

klau nk staff baru blh ler panggil sy. dah dekat cawangan kat jb tuuu. hehehe

WanHidayat said...

...bz...

Semoga semuanya akan terus dipermudahkan....

Insyaallah...

kak ja said...

Semoga akan terus cemerlang dlm apa shj yg diusahakan.. Semoga juga diletak dan diletakkan Syam sekeluarga dlm lindungan dan peliharaanNya..