Wednesday, April 30, 2008

Bye... Bye...

I lost two staff today. One resign from the firm another one completed her industrial training here ( for six months). Wish them all the best in their future undertakings. Dapat makan cup cake...mmm sedapnyer...tapi tak boleh banyak banyak...muak pulak.






Jom Makan Nasi Ayam Linda Onn

Went to one of the branch of My Mom's Chicken Rice Linda Onn. Tak pernah cuba lagi so i decided to give a try and rated it.

Gambar blur pulak...tangan menggeletar kot hehehehe


Nice cook..


Chicken soup


Located at Bukit Bintang

My rating:
Chicken 3.5/5
Rice 4/5
Soup 3.5/5

Kalau overall convert into percentage you will get 73.33%.Wah macam cikgu maths pulak ahakss...hehehehehe.... oppss...!

Tuesday, April 29, 2008

Bunga @ IJN





Selamat Hari Jadi Mak!

Semalam 28 April 2008 adalah hari kelahiran mak saya yang ke 59. Alhamdulillah mak sihat dan masih kuat. Kat rumah mak panggil saya angah. Angah doakan mak sihat walafiat dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T. Walaupun mak tak baca blog angah insyallah setiap hari angah berdoa untuk mak. Cuma tahun ni abah tak ada disisi.....

Mak dengan ija ( adik perempuan saya)

Monday, April 28, 2008

Program Hari Ahad

Salam semua....saya nak cerita apa yang saya buat pada hari ahad. Nak kata letih tu letih la jugak tapi seronok sebab dapat mengisi masa dengan membuat perkara yang berfaedah. Waktu tengahari saya bersama dengan anak sulung pergi kenduri doa selamat saudara mara yang akan menunaikan umrah pada bulan mei nanti. Makan.....apa lagi nasi la hehehe tapi saya tak makan banyak sangat nasi. Tau la kan mesti cari benda lain. Nasi pun sedap pulak lauk pauknyer tapi macam biasala gambar tak sempat ambil dah masuk ke dalam perut ngap ngap hehehe....


kek pisang


Orang melaka panggil nih kuih 'ku'
(agaknyer asal kuih 'aku' nak nampak sedap sikit panggila 'ku' ahakss...)


Nih kuih 'koci' ...sedap

pisang hahahah...pencuci mulut


Aksi aksi bosan di saat penghujung majlis....sabar ek syamil nanti kita balik


Sudah selesai majlis saya bawa mak ke IJN melawat pakcik (abang kepada mak) yang perlu menggantikan bateri jantung yang dah nak abis kuasa dia. Kuasa....errr macam ultraman pulak power nak abis.Untuk pengetahuan anda semua pakcik saya nih bergantung hidup kepada bateri untuk mengepam jantungnya yang lemah. Sepatutnya lagi satu tahun kena tukar ( 6 tahun sekali) tapi katanya bila malam tidur terdengar bunyi tit... tit... tit... dalam badan ( boleh imagine tak ada benda bunyi dalam badan...errr ngeri kan) so kena la tukar bateri. Nasib baik la dia x-gomen tak kena charge nak tukar bateri (dengar cerita bateri tuh erge dia Rm50K-100K!). Dalam minggu nih tukar bateri...masuk wad dulu untuk rehat beberapa hari di sana. Dekat sana saya sempat snap beberapa gambar dekat IJN walaupun hari hujan...mau tak nya sampai sana pukul 445pm budak-budak boleh masuk pukul 6pm. Satu jam lebih menunggu...solat asar dulu tak la bosan menunggu.




Sempat jugak snap beberapa gambar bunga yang cantik di IJN.
Lain kali yer....adios!



Sunday, April 27, 2008

Bunga@ Nusaputra-Part 4

Salam semua....selamat berhujung minggu. Lagi gambar bunga untuk anda.
Kita enjoy....!!!







Friday, April 25, 2008

Kerana Aiskrim Apa Saja Bole....

Uik...apa punya tajuk tuh. Hehehehehe.
Gambar-gambar di bawah menerangkan segalanya.










Bunga @ Nusaputra-Part 3






Sambung balik gambar bunga. Salam hari Jumaat dan selamat berhujung minggu.
Have a nice weekend!

Wednesday, April 23, 2008

Lecture @ KLIUC

My way is back. Today i spent my half of the day at KLIUC in Kajang. I had a lecture with my two other partners on the tax workshop for employment income organised by the university. Second time there. Overall the lecture was good, attended by all students in accounting and business faculty together with their lecturers. This is the second time a gave my lectures to the student. The first time was last year when i was invited by the faculty of accountancy in UiTM Melaka to give a speech to the student at their annual dinner. The lecture was conducted in English since some of the students are foreigner. From China,Nigeria,Ghana, UK pun ada.

Kalau cakap pasal seminar ni macam-macam perangai student dapat saya lihat. Bila masa nak morning break ada la bunyi macam-macam. Faham-faham je la. Paling saya rasa kelakar bila masa nak makan tengahari. Haaa...huuuu...semua ada. Nasib la tak ada yang baca paper macam entry cikgu saril tuh hehehehe. Tapi biasala kursus...sapa boleh tumpukan perhatian 100%. Tul tak. Ada masa boring ada masa seronok.





Dapat pen


Small token from KLIUC ( not small actually) thank you very much
hope you can invite us again...hehehe

Tuesday, April 22, 2008

Bunga @ Nusaputra-Part 2





Bunga @ Nusaputra-Part 1

My Way kembali bersiaran. Kerja yang banyak dan kadang-kadang membuatkan saya tertekan menyebabkan tak banyak untuk diceritakan. Hari Ahad lepas dalam perjalanan untuk ke kedai gunting rambut saya snap beberapa gambar bunga di kawasan persekitaran rumah. Cantik-cantik bunganyer harap2 management akan tambah lebih banyak bunga....enjoy the pictures ( part 1)