Friday, November 21, 2008

Outstation - Johor Bahru

Salam semua......adehhh dah bersarang blog saya nih. Sibuk buat report Forensic Audit untuk klien di Johor Bahru. Tu yang tak sempat nak update blog nih. Anyway hari nih sempat sikit nak luangkan masa cerita pasal outstation ke JB selama 2 hari 1 malam .Sepatutnya kami menginap di Hotel Hayatt tetapi tak sangka pulak full house. Mungkin cuti sekolah kot. Then kami pun menginap di Hotel Seri Pacific (tak salah nama lama dia Pan Pacific Hotel). Sampai dah malam dalam pukul 730pm masa nak check-in ada sorang bell boy nih ( rasanya bell man sebab dah berumur huhuhuhu) katanya " Encik...air yang dekat dalam fridge tuh semua free jangan risau minum jer". I pun jawab biar betul..??!! ( dengan wajah kehairanan).."Betul la encik". Ye la kan rasanya mana-mana hotel yang saya pergi sebelum nih pun tak pernah free mesti 'charge' punya. Dah la satu tin RM5 agaknya...Sampai ke bilik masih tak percaya dengan kata-kata 'dusta' bell man itu saya pun call front desk nak confirm. Dia pun kata betul encik free...apa lagi esoknya kitaorg amik bawa balik...hehehehehe...Tapi kan sebenarnya seronok bawa balik jer bukan minum pun sebab air gas. I dah tak minum air gas nih...terasa macam minum air gula tumpah hehehehe diabetis beb....makan kerepek kentang sahaja.....



Beberapa keping gambar yang sempat diambil. Rasanya Hotel Hayatt lagi bagus dari segi kemudahan dan breakfast. Lagipun Hotel Puteri Pacific nih dekat town la jem beb....Ok la...setakat nih sahaja untuk hari nih nak tidur esok nak attend 'Famili Day' company my wife dekat Bukit Cahaya Sri Alam di Shah Alam....babai.....

3 comments:

Zuer said...

Ok aper...Kalau dapat free....mana hotel kat malaysia nie yang bagi free..Mungkin ada kot !! tapi x banyak !!

Syam said...

zuer: mmg tak byk kot hotel yg buat macam nih

yazrie said...

memang first time dok sana rasa mcm tak percaya gak..tapi memang ye..dia bg free..kerepek dia pun sedap kan? keluaran Felda...

salam..bloghopping from Zuer's...