Friday, October 31, 2008

Yoga Pesong Akidah???

What the hell is this? Is this kind of a joke??
I took this article from Berita Harian on 29 October 2008.

Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Osman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Personally in my opinion if you want to 'haram' kan Yoga don't haramkan 'Yoga'. Haramkanlah kalau kita ada bermeditasi masa yoga ker...ini nak haramkan terus. Fatwa apa nih? I'm really don't understand why this people want to create all this.

I read some of the comments from the Star Readers (please click on the links below)


Kata Islam itu cantik....indah...universal tapi kalau masalah ini pun di jadikan isu tak tahu apa nak cakap. Nak berdakwah kepada orang bukan Islam pun malu. Banyak sangat halangan. Kita beryoga untuk kesihatan...tak pernah terfikir 'berhubung dengan Tuhan seperti yang diceritakan'. Kalau benda tidak ada dalam Hadis atau Al-Quran kita sendiri harus menggunakan akal dan fikiran yang Allah berikan untuk menilai yang mana baik dan buruk.


Tunggulah keputusannya 7 November ni. Wallahualam....



p/s: Berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman.




3 comments:

Asmadi said...

pokcik tak tau lak yoga leh pesongkan akidah kan ...

rasanya semua ni utk kesihatan bukan kita mengamalkan apa2 ritual ke agamaan kan ..

tak salah utk kesihatan !

WanHidayat said...

Surprised!!!...bagaimana lah org boleh fikir sampai mcm tuh ek???...pendekatan apa yang digunakan...

Klu dah mcm tuh, bukan setakat Yoga sahaja, apa sahaja cabang senaman yang berhubung kepada pemesongan akidah nih...maka kena haram kan...dah chck semua kah???....

Syam said...

asmadi: itu la pasal...tak tahu nak cakap apa dah

wan: kalau nak ikutkan byk benda kena diharamkan. Kenapa yoga yang dipertikaikan...