Monday, March 31, 2008

Pelamin Anganku Musnah - Tragedi atau Suratan Takdir

Hi. Hari Sabtu saya ke kenduri kahwin di Melaka. Kalau kenduri kahwin di Melaka faham-faham jer la tak aje nasi, kuih-muih semua dihidangkan. Paling saya tunggu-tunggu kalau kenduri di negeri bersejarah nih adalah TAPAI...huuu huuuu my favourite. Alhamdulillah ada pun....saya bedal habis 6 biji ( biji ke....hehehehe).

Hayyoo...manis sekaliiiii sapa kencing manis ngan pening tak boleh la melantak macam saya nih huu huuu. Nak je aku minta tapau kat tuan rumah.
Muka tak malu tul!



Eh. Apa kena mengena tapai dengan tajuk di atas??? Jangan pening-pening ok..pening lalat tak aper. Nih cerita dia...( huhhhh...what a sad story). Tak cerita lagi dah sedih nih. Emosi la pulak. Kenduri yang saya pergi nih adalah kenduri semata-mata atas jemputan yang telah lama dirancangkan. Tapi tak ada pengantin. Pelamin ada tapi majlis pernikahan dan persandingan tak ada. Apa yang saya dapat tahu bakal pengantin lelaki terlibat dalam satu kemalangan pada hari Khamis yang lepas. Aduh...tragisnyer tak dapat nak menjadi raja sehari. Tapi ini bukan yang saya ingin tekankan di sini yer...macam pensyarah pulak. Sebenarnya 2 minggu sebelum majlis ini si perempuan ternampak si lelaki itu berjalan berduaan dengan perempuan lain. Huhh...perempuan lain! Dan sebenarnya ada halangan daripada ayah si perempuan nih. Dengarnya dia tak berkenan dengan si lelaki ini tapi disebabkan anaknya nak sangat dia pun benarkan la juga ( ikhlas ke tidak wallahualam). Dan paling ngeri sekali saya dapat tahu si lelaki ini telah pun memutuskan pertunangan mereka pada hari Jumaat. Kenduri sabtu nih! Si lelaki masih terlantar di hospital dan di khabarkan lumpuh tak boleh bercakap. Aduhh...inikah balasan tuhan atau sebaliknya????. Nak tak nak kenduri harus diteruskan juga. Kad dah hantar....pelamin dah tempah...lauk pauk kenduri dah dibeli...saudara-mara dari jauh semua dah datang......alahai....ingat kahwin nih senang...banyak dugaan dan cabaran yang perlu di lalui.

Kadang-kadang saya terfikir sejenak adakah ini adil bagi seorang insan yang bergelar perempuan. Anda masih ingat kes Hasmawi Hassan si pemain bola dari utara tu yang tiba-tiba hilang semasa hari pernikahan??? Dan banyak kes lagi yang berkaitan. Saya bukanlah ingin membela nasib seorang perempuan tetapi cuba kita fikir emosi dan perasaannya pada waktu itu. Apakah dia mampu untuk meneruskan sisa-sisa hidup selepas peristiwa itu? Kalau yang kuat alhamdulillah tapi kalau yang lemahhhh...bagaimana? Hanya Allah S.W.T tempat bergantung. Huhhh...nasib seorang perempuan. Bagaimana pula dengan ibu bapa nya. Tamparan hebar sekali terjadi kepada anaknya. Sedih....malu.....murung.....

Dan mungkin juga ini adalah suratan takdir yang perlu kita terima. Nak tak nak hidup perlu diteruskan. Mulakan hidup baru. Takdir yang sudah termaktub dalam kamus hidup kita. Yang penting restu ke dua ibu bapa. Mungkin juga ada hikmah di sebalik kejadian itu dan kita harus terima dengan tabah. Walaupun parut yang ditinggalkan amat luas dan dalam. Itulah kehidupan namanya.

Gambar sebagai hiasan..tak sanggup tak letak pelamin sebenar...


6 comments:

akupunyahal said...

hayoo sya pernah dengar kisah2 macam ni.. tapi belum pernah lah tengok ngan mata sendiri. tapi mmg sedih lah.. tak kira laki ker pompuan.

Syam said...

memang sedih la malim...tuan badan memang tak dapat lupakan peristiwa itu sampai akhir hayat....

eedany said...

ciannya kat perempuan tuh!

memang betul lah kata orang, kena dengar cakap orang tua. Kalau orang tua tak suka mesti ada sesuatu yang tak kena.

Cantiknya pelamin...pelamin syam ngan isteri ke tu? ;p

Syam said...

eedany: ya betul restu orang tua memang penting. lagi2 org perempuan tanggungjawab masih dipegang oleh ayah selagi dia tak kahwin.

opsss...bukan pelamin masa saya kawin. saya punya gold color. yg tuh hiasan je hehehehe

iNa said...

sedihnya
bercinta tak semestinay bersatu...huhuhu

riken said...

huhu, last minute pulak tu jadi...setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah nya...kita doakan agar si perempuan tabah dalam menghadapi dugaan nie...