Friday, February 22, 2008

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Sudirman

Hari ni genap 16 tahun pemergian Sudirman Haji Arshad. Mari kita jengok sekejap latarbelakang dia.

Sudirman Hj Arshad (12 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia, Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Beliau telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran. Banyak lagu-lagu dia yang saya minat. Antaranya Sampaikan Salam,Warisan, One Thousand Million Smiles ( yang menang tuh), terasing, pelangi petang,nilai cintamu dll. U all pulak mana satu lagu favourite?



No comments: