Friday, October 31, 2008

Yoga Pesong Akidah???

What the hell is this? Is this kind of a joke??
I took this article from Berita Harian on 29 October 2008.

Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Osman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Personally in my opinion if you want to 'haram' kan Yoga don't haramkan 'Yoga'. Haramkanlah kalau kita ada bermeditasi masa yoga ker...ini nak haramkan terus. Fatwa apa nih? I'm really don't understand why this people want to create all this.

I read some of the comments from the Star Readers (please click on the links below)


Kata Islam itu cantik....indah...universal tapi kalau masalah ini pun di jadikan isu tak tahu apa nak cakap. Nak berdakwah kepada orang bukan Islam pun malu. Banyak sangat halangan. Kita beryoga untuk kesihatan...tak pernah terfikir 'berhubung dengan Tuhan seperti yang diceritakan'. Kalau benda tidak ada dalam Hadis atau Al-Quran kita sendiri harus menggunakan akal dan fikiran yang Allah berikan untuk menilai yang mana baik dan buruk.


Tunggulah keputusannya 7 November ni. Wallahualam....



p/s: Berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman.




Sunway Piramid

Berjalan-jalan di Sunway Piramid. Terbeli sehelai baju Hush Puppies lak...lalala...


lion


sunway1


sunway2


sunway3

Wednesday, October 29, 2008

Ragam Anak-Anak

anakcombine

Car Wash

Hantar kereta untuk dimandikan dan syampoo satu badan hehehehehehe...
for RM9.00 at Mobil Service Station Bandar Baru Bangi.



carwash1



carwash3



carwash4



carwash2





Wednesday, October 22, 2008

Old Town White Coffee

Semalam kami dinner dekat Old Town Bandar Puteri Puchong. Tak mau makan nasi sebenarnya. Cukup la bagi aku nasi sekali sehari. Kalau siang makan nasi malam pun makan nasi badan rasa lemah je. Banyak sangat makan nasi nanti kena kencing manis huhuhuhu...takut. Nasi putih banyak gula tau jangan tak tahu pulak. Lu pikir la sendiri...kata si Nabil tuh!


oldtown



order



bfast



air1



air



meekari
Mee kari nih nampak oily pulak


laksa
Laksa ni sedap...!

Monday, October 20, 2008

Jemputan Sana-Sini

Hari Sabtu dan Ahad baru-baru nih kami ke jemputan hari raya. It's kind a normal thing when the month of syawal still not to the end. Hari Sabtu mulanya kami ke Ara Damansara...pas tu ke Bandar Tun Hussein Onn pulak dekat Cheras tuh...rumah ke tiga pulak di Sri Serdang. We were supposed to go to Keramat tapi masing2 dan kepenatan terus balik ke rumah. Malamnya pulak ada orang datang di rumah. Ahad pula kami ke Bandar Bukit Puchong dekat aje dengan rumah. Lepas tu ke rumah my ex-uni pulak. Satu taman jer...masuk guard house terus ke rumah dia. Malam pun orang datang ke rumah. Tapi kan kenapa orang datang rumah aku malam-malam ek. La...apa la dah engkau tu siang berjalan malam orang datang la heheheeheee ( cakap untuk diri sendiri). Anyway letih jugak berjalan-jalan nih. Makan-makan dan makan....itu la namanya hari raya...hehehehe...Hari ini hari Isnin...so kerja jangan tak kerja...baru hari isnin ni. Berkerja lah seolah-olah anda hidup selama-lamanya dan beramal lah seolah-olah anda akan mati esok hari. Kuliah hari senin...adios!

Friday, October 17, 2008

Yoga Class

Yoga??? Hehehehehe......introduced by our executive chairman. He had health problem and he suggested to us to take part in the yoga class. Yesterday was the first class. The instructor taught us the first the step before started yoga. We learn how to breath properly ( the breathing techniques) and doing some stretching exercise. Next week we will start to know what is yoga all about. Yoga is one of the alternative medicine. Yang ada diabetis ke gout ker...blood pressure...stroke semua boleh. Yang belum ada tuh lagi la bagus buat yoga...preventive is better the cure right! If you need to know more about yoga please go here .



yoga1


yoga2


yoga3
I knew him since 2000 as an insurance agent. Sekarang siap ada black belt teakwando lagi...(bukan black belt kaler biru tau)...and also certificate in yoga...


yoga4
Kayuh...jangan tak kayuh

Thursday, October 16, 2008

Open Office

I baru je lepas balik dari YPEIM pergi open office. Tiap-tiap tahun i pergi sana. Dekat Kg. Attap tu. Kalau cerita bab makanan memang meriah la...macam-macam ada. Ada nasi dagang...nasi beriyani...roti jala...roti arab..rendang..lemang...laksa...bihun sup...buah-buahan....satay...ais krim pun ada. Tak larat nak makan. I cuma makan laksa...roti jala...kek lapis sarawak pun ada...makan satay...nasi tak larat la...nanti kenyang sangat. Petang nih pulak ada kelas Yoga...Yoga..???? Tunggu nanti cerita la lepas kelas.


ypeim1


ypeim2
Perasan tak wanita bertudung hitam putih itu...Dr Mashitah kan..


ypeim3
Nih gerai aiskrim...meriah kan macam fun fair pulak

Is It So Hard...???

Just to share with all of you. Why is it so hard to keep a promise. In any situation, whether you are an employee,employer or dealing in the business you must keep your promise. If you can't make it just give a call la ....hayoooo....susah sangat ker...macamana buat business macam nih. Bila kita tak buat business dengan orang melayu orang kata kita tak nak tolong orang melayu. Bila dah jadi macam nih sapa yang susah...kita jugak...alahai....kerja semua tertangguh... perancangan semua terganggu. Geramnyerr.......buat business dengan bangsa lain takde la selalu jadi macamni. Bukan nak bangga buat business dengan bangsa lain tapi memang berbeza lah...saja nak luahkan perasaan......bila geram muka aku jadi camnih...hahahahahahaha


faces
Taken from Flickr...

Wednesday, October 15, 2008

Rainbow...

Dah lama tak nampak rainbow..............


rainbow
This picture was taken around 645pm at Bandar Puteri Puchong

Tuesday, October 14, 2008

My New Notebook

Bought this Sony Vaio at Midvalley last week.

vaio



Specification:

  • Intel Core 2 Duo Processor ( 2.26 GHz )
  • Window Vista Business
  • Hard Disk 250GB
  • Memory 2 GB
  • Microsoft Office Package
ok la.....tak perlu beli spec yang besar-besar sangat. Untuk office aje. 'Perturunkan' my Toshiba notebook to my manager.....beli jugak 5 desktop ( including server) brand Dell untuk staff yang lain.

Saturday, October 11, 2008

Berbunga Bunga di Sg Koyan - 2

Sebenarnya ada cerita nak di kongsikan tapi sindrom malas menghantui diriku...nanti la yer...just enjoying more pictures taken while i was in Sg Koyan.


flower7


rose


pelita


buah2


buah1

Tuesday, October 7, 2008

Berbunga Bunga di Sg Koyan

Masa kami berada di rumah cikgu shahril saya sempat snap beberapa keping gambar bunga di rumah cikgu. Punya la banyak bunga cantik-cantik. Meh tengok.....cantik sungguh ciptaan ALLAH

flower2


flower1


flower4


flower3


flower5


flower6

Monday, October 6, 2008

Breakfast of The Day

Dah sebulan tak makan pagi. I decided to take my breakfast at my newly favourite restaurant 'Asam Pedas' near PKNS. Alamat tiap-tiap hari la breakfast kat sini dah dekat dengan office pulak tu. Nasi lemak, tempe dan lempeng menjadi santapan ku hari nih hahahahaha....kalau waktu lunch dekat sini kalau lambat datang jangan harap la nak dapat seat. Penuh beb....bermacam-macam lauk asam pedas dihidangkan. Sedap bangat...! Kalau u all nak try datang la ke sini opposite PKNS bangi sajer...



nasi lemak dan lempeng
Nasi lemak tempe goreng dengan lempeng....fuhhhh menangkap....hehehehe

Sunday, October 5, 2008

Aidil Fitri 2008 - Raya Ke Lima

Hari ini hari Ahad. Esok dah nak keje....bangun pagi pun lambat jam 930am. Letih drive malam tadi pun belum hilang. So tak ke mana hari ni. Baju pun harus di basuh. Lepak lepak di rumah sajer...sesambil update blog.

Aidil Fitri 2008 - Raya Ke Empat

Raya ke 4 pulak seperti dirancang kami sekeluarga bersama keluarga mertua beraya di selatan semenanjung. Kami ke Tangkak dan selepas tu kami ke Batu Pahat. Tak salah dekat dengan Parit Raja. Sampai di Tangkak menuju ke Felda apa ntah tak ingat. Dalam perjalanan nampak la Gunung Ledang. I carik jugak jambatan emas tuh tapi tak der ( sabar je la hehehehehe). Dah tengahari sampai sana. Nak senja baru sampai ke Batu Pahat exit dekat Air Itam hayoooo nampak kereta berduyun-duyun dekat pekan Air Itam shopping sekali la tu. Kami lepas sampai Isyak jam 8 lebih bertolak balik. Sampai rumah jam 12.30pm. Kali ni takde gambar langsung pistol bawa tapi macam takde mood nak snap gambar......letih beb...!

Aidil Fitri 2008 - Raya ke Tiga

After a long journey i decided to take a rest. Lagipun hari Jumaat nak solat Jumaat pulak. Petang pulak dah rasa bosan. Kitaorg nih pantang je cuti mesti nak keluar. After maghrib prayer we went to KLCC enjoying our favourite Coffee Bean. I ordered sandwich and my wife chosed spaghetti. Then terus balik rumah. Pegi KLCC semata-mata nak merasa Coffee Bean. Sedangkan paling dekat dengan rumah kat Sunway Piramid tuh. Huhuhuh sabar je la....takpe yang penting kita puas kan kan....


klcc



makan
Tengok tuh Ya Allah sapa la makan bersepah nih....hehehehehe larik..!!



klcc1



bodyshop1
Sebelum balik singgah Bodyshop ( aku cakap kedai badan huhuhu)...
biasala orang pompuan...


Aidil Fitri 2008 - Raya Ke Dua

Hari ke dua pulak pagi nya lebih kurang jam 11 kami ke Paya Jaras Sg Buloh ke rumah saudara belah isteri. Lepas tu terus zoom ke Raub Pahang...rumah sapa lak tu hehehehehe.... Kami ke rumah Cikgu Shahril yang terletak di Felda Sg. Koyan lebih kurang 180km dari rumah bersamaan dengan 2 1/2 jam. Kalau ikutkan distance tak jauh tapi dah menuju ke kawasan Felda jalan memang la jauhkan. Kunjungan kami pun ada dasar balasan kerana Cikgu Shahril rajin datang ke rumah dan melayan anak-anak kami nih. Walaupun sekejap saja di sana at least dah tau mana rumah cikgu. Kalau dia nak kawin nanti senang la kami nak ke sana. Hehehehe....Balik dari Koyan jam 7pm. Dalam perjalanan nak sampai ke Bentong hari hujan. Kami berhenti nak mencari KFC (sebulan tak makan KFC hehehehe) singgah di Vegamall (bukan Megamall!) takde ada KFC. Sabar je la...but we managed to find the restaurant near Vegamall. Makan dekat situ. Then we straight back to KL and arrived around 11.30pm.


koyan3
Hari nih kaler coklat pulak


koyan2


koyan1



Aidil Fitri 2008 - Raya Pertama

Salam semua...mesti beraya sakan ek. Yang balik kampung tu mesti seronok. Bagi kami sekeluarga tak balik kampung pun memang mak di kajang mertua pulak di Cheras. Semua tanya...syam ko balik kampung mana...hehehehe aku balik KL....sabar je la...so dah lebih seminggu tak update blog saya nak ceritakan apa yang di buat sepanjang minggu ini. Hari pertama selesai solat kami terus ke kubur ayahanda ku di Kajang. Ramai betul umat manusia dekat kubur...biasala time raya ramai la orang....kalau time biasa takde nyer....you all nak tau dekat luar pintu masuk siap ada orang india ambil kesempatan jual bunga dan air mawar. Buat duit betul dia orang nih. Selesai menziarahi pusara awrah abah ( yang kebetulan 1/10 adalah hari kelahiran arwah) kami ke rumah mak di Sg Jelok. Duduk di sana sampai petang. Lepas asar pulak terus menuju ke rumah mertua di Taman Bukit Permai Cheras. Stay kat sana sampai malam lepas tu balik la ke rumah sendiri.....


family
Tahun nih kaler purple


firstday1



first day 2




kuihraya



ketupatnasi
Ketupat nasi nih aku reti anyam tapi bila sampai punghujung fail la heheheh...
beli daun yang dah anyam jer....



ketupatpalas
Ketupat nih kalau yang letak kacang sedap jugak kan!