Thursday, December 18, 2008

Liverpool T-Shirt

My friend just came back from London for his outstation job for two months. I took this opportunity asking him to buy me Liverpool t-shirt. Not the jersey one but cotton. Jersey dah ada...pakai yang cotton pulak. Boleh pakai selalu jersi nih jarang pakai. Murah jer 10.49 pound after 30% off. Lebih kurang dalam RM60.00 gamaknyer. L size looks comfortable for me.

liverpool
Terus pakai ....tak sabar...nak je pakai satu hari kat office nanti apa pulak staff aku cakap dalam hati....giler ke aper...hehehehe


By the way tomorrow i have a serious workshop to participate in a series of integrated case study which will be organised by Malaysian Institute of Accountants at Boulevard Hotel Mid Valley City. Last minute invitation pulak tu. Nevermind.... as long as i can contribute and give some ideas during the workshop pun dah ok. They provide us the accomodation and since i stay in Puchong i accept the accomodation but not staying overnight because the workshop continues from morning to evening (10.00pm). Tak la balik petang esok tuh boleh mandi and pakai baju lain. Fresh sikit kan.....tak bucuk...hehehehehe


mia




Saturday, December 13, 2008

Entri Khas....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...entri khas ini saya tujukan buat AJ dan Wahdi yang masing-masing telah kehilangan orang tersayang di dalam hidup mereka. Takziah saya sekeluarga ucapkan. Semoga roh mereka dibawah lindungan Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyallah. I know it's not easy when you lost someone you love ( i have experienced it before). Semoga AJ dan Wahdi tabah dalam mengharungi kehidupan selepas ini dan ingat lah insan-insan yang sentiasa menyokong anda dan keluarga dalam menghadapi situasi sebegini. Al-Fatihah...........

p/s : AJ kehilangan ibu nya beberapa hari yang lepas dan Wahdi kehilangan ayahnya jam 1030 pagi tadi.




Wednesday, December 10, 2008

Prosperity Burger Is Back

Peminat prosperity burgers McDonalds mesti tunggu setiap tahun kan. This year the burger is back...with a new addition of the Double Prosperity Burger...is a double beef patty dipped in aromatic prosperity black pepper sauce! Giler ko...nak makan double!.....hehehehe....i baru lepas makan tapi single je okeh.....siap dengan twister fries...fuh...nanti nak makan lagi...bukan selalu dapat makan prosperity burger nih. Sapa nak makan jom...kita makan sekali tapi bayar asing-asing wokeh! Pesanan khidmat masyarakat ini tidak di taja oleh McDonald yer....(khidmat masyarakat ker)


p/s: No picture snap sebab i melantak tak hingat..ye la lunch nak dekat pukul 3pm...lapar beb....


Tuesday, December 9, 2008

Makan dan Makan di Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sepatutnya entry ini di buat semalam tapi memandangkan semalam balik rumah dah malam then dah letih sangat terus tidur. Aidil Adha tahun ini disambut bersama lambaian hujan yang membasahi bumi. Masa bangun solat subuh masih hujan dekat luar. Lepas tu tidur balik...then kononnya nak pergi solat sunat tapi tidur bersama anak dengan tilam yang empuk itu membuatkan kami semua bangun 830am! Sabar je la.... Lepas tu mandi then breakfast rendang daging yang di masak oleh isteri tersayang bersama nasi impit aaadaaabiiiiiiii....hehehehe. Setelah selesai semuanya kami pun bersiap-siap ke rumah atuk di cheras. My mum takde kat rumah di kajang. Dia beraya di rumah saudara di Melawati dan Ampang. Sampai saje dirumah mertuaku di Bukit Permai Cheras dalam jam 12.00tgh kami pun dihidangkan dengan juadah nasi dagang dan laksam...sedap jugak...makan...jangan tak makan. Lepas makan dah jadi ular pulak..ngantuk tak hingat nih sambil nak tidur dihidangkan pulak keropok lekor..adus....makan lagi tapi gagah jugak tu kalau sejuk nanti tak sedap....pas tu tidur kebaboooommm....! Lepas maghrib kami bertolak ke Ampang ke rumah my cousin. Rumahnya exactly opposite Ampang Point...senang saja dalam 15 minit dah sampai dari Bukit Permai. Di sana kami dihidangkan dengan Nasi Beriyani Ayam bersama sampang-sampahnyer la...termasuk rendang daging...udang...dalca. Di situ dihidangkan jugak kek chocolate indulgance from Secret Recipe...yummy yummy....Menu yang paling tak tahan adalah durian bersama pulut...fuhhh...mengancam beb....hehehehe. Ini lah dikatakan jalan-jalan cari makan di Aidil Adha....sebab tu balik letih semacam ajer... so inilah program kami penuh beb...dapur rumah tak berasap!


adha
Salam Aidil Adha from "The Three stooges" !!!

Saturday, December 6, 2008

Hari Ini Satu Tahun

Hari ni genap satu tahun arwah bapa ku meninggalkan kami sekeluarga. Harapan serta doa yang tiap hari aku pohonkan kepada Allah S.W.T semoga rohnya sentiasa di cucuri. Kadang-kadang banyak perkara bermain di fikiran aku adakah selama hayatnya aku telah menjadi anak yang baik kepadanya? Adakah aku telah berjaya menggapai cita-cita yang selama ini menjadi harapan kepadaku? Aku tidak tahu...hanya dia yang tahu. Namun semua ini tidak mungkin akan boleh aku lakukan lagi untuknya...hanya doa dan harapan sebagai seorang insan yang bergelar anak semoga dirinya termasuk di dalam golongan orang yang soleh. Amin....

Kepada anda yang masih mempunyai bapa mahupun ibu....senangilah mereka....lindungi la mereka...jenguk-jenguk la selalu mahupun bertanya khabar.....jadilah anak yang sentiasa menghormati kedua ibu bapa. Buatlah yang terbaik untuk mereka. Sekiranya mereka tidak ada lagi di dunia tiada apa lagi yang mampu kita lakukan hanya secebis doa menjadi penyambung kepada mereka. Rezeki yang kita perolehi selama ini adalah berkat daripada mereka juga....masih ingat iklan raya baru-baru ni??...iklan ini yang paling touching bagi aku...iklan dari telekom malaysia.



Friday, December 5, 2008

Rambut Korban

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan menjelma beberapa hari je aku ambil keputusan nak ke kedai gunting rambut...minta mamak tuh gunting style baru. Style ape tu? Rasanya dah lama tak gunting macamnih dulu masa study selalu gak...senang tak yah nak sikat rambut...ahaks...minyak rambut tak yah beli..sikat pun tak yah letak belakang seluar. Sampai je kedai gunting rambut india nih ( since i was young tak pernah masuk saloon...tak kedai mamak kedai india jer...) i cakap mamak...kasi mesin abis no 3 punya. Wokeh! kata barber tuh....sedang dia sedap menyental rambut aku yang ala-ala dah beruban nih masuk la sorang kakak nih membawa 2 org anak untuk apa....gunting rambut la takkan beli sabun kot...ihikss.....jom layan conversation diaorg...(aku curi2 dgr masa tu)

Kakak : mamak...kasi no 4 potong yer....

mamak: wokeh!

sedang mamak tu gunting maknyer tengok muka anak

mak: ha..baru hensem macam nih

anak: mak...kenapa nak gunting rambut ( wah dalam hati aku...ek eleh...takkan nak simpan macam langsuir kot..!! ko tuh dah la jantan!!)

mak: la...nak raya kena gunting la ( eh...nak raya je ke gunting...hari lain simpan ek..ihikss...)

anak: kalau macam tuh tak boleh nak sikat rambut la.... ( sentap!!!)

mak: (terpinga-pinga nak jawab)

rasa nak je tergolek gelak masa tu...sabar je la soklan budak nih....!!!



newhair
So...this is my new hair cut....!!!! Rambut Raya Korban hahahahah...!!!

Thursday, December 4, 2008

Emosi

Hari ini nak buat topik yang serius sikit...serius ker...Nak minta pendapat uolss di luar sana. Kenapa kita perlu beremosi. Kata orang kalau emosional sangat boleh makan diri betul ker. Lagi-lagi kalau orang perempuan bila tiba 'time' dia fuh...sungguh-sungguh beremosi nih. Patut la ramai orang tak gemar kalau ber'bos' kan perempuan. Tapi tak semua bos perempuan macam tu kan. Cuma banyak yang diceritakan begitu la gamaknya. Pernah jugak zaman dahulu kala (lamanyerrr) aku ber 'bos' kan perempuan. Ok jer bagi aku. Mungkin betul jugak aku pernah dengar orang kata aku nih boleh bekerja dengan semua orang . Bagi la sesiapa pun yang macam singa...macam gajah...macam semut...( angkat bakul pulak). Tapi kan kalau lelaki yang beremosi kira kategori apa pulak yer. Lelaki bukan ada 'time' tuh. Kalau terlalu emosional boleh jadi gila. Kalau aku beremosi beristighfar la banyak-banyak. Kalau tak tahan jugak pergi window shooping. Oleh itu jangan terlalu beremosi tak kira la lelaki atau perempuan... kita hidup pun tak lama...sekadar pinjaman di dunia yang penuh kepuraan.

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku



Discalimer: Cerita ini tidak ditujukan kepada sesiapa yang dikenali atau sebaliknya. Hanya coretan sekadar perkongsian hidup. Penulis tak emosional yer.....


Tuesday, December 2, 2008

Majis Pernikahan Nabila Huda

Hari ini sempat ke majlis pernikahan Nabila Huda anak Amy Search bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis bermula dalam jam 11.00am. Amy sendiri yang menikahkan anaknya itu. Let the pictures tell everthing. Penat nak taip.

nabila1


nabila2


nabila3


nabila4


nabila5


nabila6

Monday, December 1, 2008

New Trainee

Hari ini dah masuk 5 orang trainee dari pelbagai universiti. Banyak tuh...biasa kami tak ambil ramai macam ni...3 lelaki dan 2 orang perempuan. Banyak la sikit lelaki dalam office nih...asyik perempuan je yang ramai. Ada yang datang dari nun di utara...Universiti Utara Malaysia...ada dari Universiti Putra Malaysia...UNITEN di Muadzam Shah ,Pahang dan Universiti Teknologi MARA cawangan Jengka...Pahang jugak. Setelah sibuk berkenalan...tugasan pun diberi. Harapan agar mereka ini pulang dengan bukan sahaja ilmu yang dapat tetapi bagaimana menghadapi pelbagai kerenah manusia...kerenah client dan macam-macam lagi. My few words to them:

  1. Jangan jadi bodoh sombong...kera sumbang dan tak reti nak bergaul;
  2. Kena develope communication skills.....sekarang nih majikan bukan pandang sangat kalau u dapat 4 flat ke...yang penting kita pandai menyesuaikan diri di dalam sesuatu keadaan;
  3. Kena rajin bertanya....walaupun soalan bodoh.....kita akan mendapat jawapan melalui soalan;
  4. Kena develop 'soft skill' ...benda nih tak ajar di mana-mana...sendiri kena fikir...kata Nabil...Lu pk la sendiri..

p/s: Dedicated this entry to my sis....dia pun baru start praktikal hari ini...apa la cite dia